Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.la.lu] | سلالو

Definisi : 1. sentiasa, selamanya, sepanjang masa: sayur-sayurnya ~ dijual ke bandar; 2. kerap benar, acap kali: ibunya ~ sahaja sakit; menyelalukan menjadikan (melakukan) se-lalu, membiasakan: hendaklah dibiasakan dan diselalukan membaca buku; keselaluan keadaan selalu, keseringan, ke-kerapan: ~ itu menyebabkan tumpuan pd pekerjaan tidak berjalan lancar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.lu] | سلالو

Definisi : Mn seluruh, semua; ~ hari sepanjang hari; hitam ~ hitam seluruhnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.lu] | سلالو

Definisi : terus, langsung: maka menteri itu pun menangkap ~ budak-budak itu lalu dibawa balik ke negerinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.lu] | سلالو

Definisi : 1 tidak henti-henti; sentiasa ada; sepanjang masa: Ketika berada di Jerman dahulu, saya ~ teringat akan ayah dan ibu. 2 kerap kali; acap kali: Saya memang ~ datang ke sini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selalu

Puisi
 

Hujan lebat selalu bah,
     Bunyi berdentum tali temali;
Hendak balik serba salah,
     Baik kulangsung sama sekali.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Seperti lipas kudung.

Bermaksud :

Selalu bergerak dengan cepat; selalu sibuk bekerja.

 

Lihat selanjutnya...(123)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKuda jahat selalu meragam, Makin diajar bertambah pandai; Bulan terbit terangkan alam, Bintang timur terangkan pantai.
Kurik Kundi Merah SagaHujan lebat selalu bah, Bunyi berdentum tali temali; Hendak balik serba salah, Baik kulangsung sama sekali.
Kurik Kundi Merah SagaDari Beaufort pergilah Lumadan, Selalu ingin berlari-lari; Kalau terluput nyawalah di badan, Barulah boleh adik mengganti.
Kurik Kundi Merah SagaTasik Cini airnya tenang, Tempat kedidi selalu terbang; Hamba kini dalam bimbang, Akibat janji dilupai orang.
Kurik Kundi Merah SagaNampak perahu terapung-apung, Cik Rasib tukang kemudi; Jangan selalu harapkan untung, Kalau tak nasib mana nak jadi.
Kurik Kundi Merah SagaGunung Saga Gunung Banang, Bukit Pengaram kelihatan indah; Bila terjaga selalu terkenang, Hati di dalam semakin gundah.
Kurik Kundi Merah SagaDari hulu turun ke pekan, Sampannya rosak di tengah hari; Kalau selalu ingatkan Tuhan, Apa dipinta pasti diberi.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan bawa perahu, Muatan isi buah berangan; Hendak berbudi biar selalu, Supaya boleh buat kenangan.
Kurik Kundi Merah SagaBuah durian buah kuini, Mari jatuh atas para; Duduk diam laki bini, Selalu kena sakit kepala.
Kurik Kundi Merah SagaTerang bulan di Pulau Pinang, Orang berancah di dalam kapal; Tidur malam selalu mengenang, Air mata jatuh ke bantal.
123

Kembali ke atas