Kurik Kundi Merah Saga | Tiup angin selatan daya, Sapu tangan jatuh ke lumpur; Kasih orang apanya daya, Nak lupa tak lupa masanya tidur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Timur mari selatan mari, Jangan sahaja Barat Laut; Tidur mari sebantal mari, Kencang pinggang tetap dipaut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Timur mari selatan mari, Jangan diajak darat laut; Hidup kita bersama mati, Bersama ajal dan maut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gununglah Balu Selatan Balu, Jangan saja angin utara; Dulu mau sebentar pun mau, Jangan kupaksa pening kepala. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kencang-kencang angin selatan, Keras sampai tepi kota; Biar miskin tidak makan, Asal terpasang api pelita. |
Kurik Kundi Merah Saga | Angin ribut barat selatan, Sayang senduduk kayu kempas; Pasang jerat keliling hutan, Sekali lompat habis lepas, jerat/hutan |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari utara terus ke selatan, Betik menjadi buah papaya; Satu mutiara satu intan, Yang mana baik pilihan saya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Panglima raja mudik bergalah, Ditiup angin selatan daya; Laut darat dijadikan Allah, Asam manis semua serupa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Daik pergi Kelantan, Kencang angin barat selatan; Sungguh baik teras di hutan, Lama disimpan tumbuh cendawan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pukul tujuh pukul lapan, Pukul tabuh keliling kota; Bertiup angin selatan, Angkat sauh belayar kita. |