Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lén.dang] | سليندڠ

Definisi : (seléndang) kain panjang utk menutup kepala (leher, bahu): kusebaikan ~ku di atas bahu; ~ dunia prb orang kaya yg dermawan atau pemurah dan orang muda perhiasan dunia (utk pujian sahaja); berselendang memakai selendang: seorang perempuan muda bertocang dua dan ~ kain kasa kuning; menyelendangi mengenakan (memakai) se-len­dang pd; menyelendangkan, memperselendang me­makai atau menggunakan sesuatu sbg selen-dang, menyibaikan di bahu sbg selendang: ~ tuala ke bahu; terselendang terletak, tergantung: beg yg ~ pd bahu Nani. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lén.dang] | سليندڠ

Definisi : /seléndang/ kain panjang utk menutup kepala atau bahu (biasanya dipakai oleh orang-orang perempuan). berselendang memakai selendang. menyelendangkan menyebaikan se­su­atu ke bahu sbg selendang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selendang (kata nama)
Bersinonim dengan tudung, kelubung, kelumbung, mafela, sal, syaf, selempang, sampur, sabuk;,
Kata Terbitan : berselendang, menyelendangi,

Puisi
 

Selendang mayang dari Bali,
     Pakaian anak tuan puteri;
Jangan dikenang orang yang pergi,
     Orang yang dekat sudah menanti.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSelendang mayang dari Bali, Pakaian anak tuan puteri; Jangan dikenang orang yang pergi, Orang yang dekat sudah menanti.
Kurik Kundi Merah SagaSelendang mayang dari Bali, Pakaian anak tuan puteri; Jangan dikenang orang yang pergi, Orang yang dekat sudah menanti.
Kurik Kundi Merah SagaKain selendang kesumba murup, Mari diikat rotan saga; Hati bimbang jangan diturut, Biar ditantang jangan diaga.
Kurik Kundi Merah SagaKain selendang di atas atap, Dipakai dayang bersunting bunga; Sudah dipandang sudah ditatap, Barulah kumbang menghidu bunga.
Kurik Kundi Merah SagaKain selendang di atas atap, Dipakai dayang bersunting bunga; Sudah dipandang sudah ditatap, Barulah kumbang menghidu bunga.
Kurik Kundi Merah SagaKain batik selendang batik, Basuh tikar di atas batas; Adik cantik abang pun cantik, Bagai dakwat dengan kertas.
Kurik Kundi Merah SagaKain batik selendang batik, Basuh tikar di atas batas; Adik cantik abang pun cantik, Bagai dakwat dengan kertas.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna baju kebaya, Bertapak batik kain selendang; Apa guna macam saya, Rupa tak cantik pandai pun kurang.

Kembali ke atas