Kurik Kundi Merah Saga | Seluar genggang baju genggang, Pakai anak raja seberang; Biarlah baik mencampak lenggang, Kita berdagang di tempat orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Baju putih seluar putih, Bawa pergi sembahyang Jumaat; Duduk letih berdiri letih, Bagai budak tidak semangat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Baju putih seluar putih, Tengah membasuh sabunnya hilang; Aku kasih ia pun kasih, Tengah berkasih ianya melayang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Baju putih seluar putih, Dipakai orang sembahyang Jumaat; Duduk letih berdiri letih, Hati bimbang lemah semangat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jahit baju jahit seluar, Jangan dijahit kain berbalik; Kalau hendak sila ajar, Kalau tidak hendak saya nak balik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Laksamana mudik ke bendang, Seluar merah baru berjahit; Laksananya buah pedendang, Luarnya merah dalamnya pahit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Duduk berniaga dalam pekan, Pakai seluar warna biru; Jangan jadi bunga di hutan, Nampak merah cium tak bau. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina bermain ceki, Baju dibuka tinggal seluar; Kalau sudah bukan rezeki, Di dalam mulut lari keluar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pohon kapas dibaling-baling, Tersangkut kaca koyak seluar; Melintas dara sambil menjeling, Terbeliak mata macam nak keluar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Muar belum bernama Muar, Muar bernama Libar Condong; Lucut baju lucut seluar, Besarlah sial malang merundung. |