Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ma/.se.ma/] | ٢ سمق

Definisi : tumbuh-tumbuhan yg kecil-kecil dan rendah-rendah, belukar: rumput dan ~ tumbuh di tebing-tebing sungai itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ma/.se.ma/] | ٢ سمق

Definisi : tumbuh-tumbuhan yg kecil dan rendah: ~ samun berbagai-bagai jenis tumbuh-tumbuhan yg kecil dan rendah. 2 ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yg kecil; penuh dgn pelbagai tumbuh-tumbuhan yg kecil: Halaman rumahnya ~ sekali. 3 tidak teratur dgn baik; kusut. ~ hati kusut atau kacau fikiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata semak-semak

Puisi
 

Di dalam semak ada kebun,
     Di dalam kebun ada bunga;
Di dalam gelak ada pantun,
     Dalam pantun ada makna.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Dari semak ke belukar.

Bermaksud :

Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buang daun keladi, berselimut dauh birah, b. Buang kuali ambil belanga).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSaya malas jalan ke tanjung, Semak sangat bertabur pulut; Saya malas makan kalung, Semak sangat rasanya mulut.
Kurik Kundi Merah SagaDi dalam semak ada kebun, Di dalam kebun ada bunga; Di dalam gelak ada pantun, Dalam pantun ada makna.
Kurik Kundi Merah SagaAyam bertelur dalam semak, Telur habis makan dek jukung; Bagaimana badan tak gemuk, Abang balik membawa untung.
Kurik Kundi Merah SagaLadang dari perigi semak, Padi muda saya lurutkan; Kalau tidak rancang anak, Jalan mudah saya turutkan.
Kurik Kundi Merah SagaAyam hitam celah batang, Jumpa semak baru bertelur; Sayang Cik Hitam baru datang, Bawa minyak bunga melur.
Kurik Kundi Merah SagaPetang-petang menangkap belut, Belut ada dalam duri; Jalannya semak lagi berselut, Tuan menjemput saya ke mari.
Kurik Kundi Merah SagaDari Damak terus ke Bentan, Pergi berburu balik hari; Desa semak dahulunya hutan, Tidak disangka jadi negeri.
Kurik Kundi Merah SagaSayang tekukur digulai lemak, Rempah-rempah dari Jawa; Biar lumpur jalan semak, Rebah-rimpah kumari juga.
Kurik Kundi Merah SagaSayang tekukur digulai lemak, Rempah-rempah dari Jawa; Biar lumpur jalan semak, Rebah-rimpah kumari juga.
Kurik Kundi Merah SagaBurung tekukur digulai lemak, Daun selasih saya lurutkan; Sudah lumpur bertambah semak, Kerana kasih saya turutkan.
12

Kembali ke atas