Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ma.kin] | سماکين

Definisi : ® makin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ma.kin] | سماکين

Definisi : menjadi lebih, kian ber­tambah: hati Maskam ~ meradang; lanun-lanun itu ~ buas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata semakin

Puisi
 

Beli atap bawa balik,
     Ambil timba menuju perigi;
Semakin ditatap semakin molek,
     Termenung hamba menggigit jari.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Bagai getah dibawa ke semak.

Bermaksud :

Perkara yang semakin kusut dan susah menyelesaikannya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKemuning dibuatkan bendul, Semakin ditarah semakin baru; Nasi kuning berpagar telur, Itulah makanan pengantin baru.
Kurik Kundi Merah SagaBeli atap bawa balik, Ambil timba menuju perigi; Semakin ditatap semakin molek, Termenung hamba menggigit jari.
Kurik Kundi Merah SagaCedok air dengan baldi, Cedok nasi dengan senduk; Baik dibawa resmi padi, Semakin berisi semakin tunduk.
Kurik Kundi Merah SagaPatah kemudi di Tanjung Jati, Mata bertentang jantung berdebar; Tersematlah wajah di lubuk hati, Semakin ditentang semakin gementar.
Kurik Kundi Merah SagaCik Dayang berkain batik, Memakai tudung sutera Cina; Semakin kupandang bertambah cantik, Makan tak kenyang tidur tak lena.
Kurik Kundi Merah SagaSehari bulan rajanya harimau, Harimau tidur di rimba jati; Semakin hati bertambah igau, Tuan seorang di mata hati.
Kurik Kundi Merah SagaSehari bulan rajanya harimau, Harimau tidur di rimba jati; Semakin hati bertambah igau, Tuan seorang di mata hati.
Kurik Kundi Merah SagaBerani buat berani tanggung, Jangan suka teragak-agak; Jangan bawa rasmi jagung, Makin berisi semakin tegak.
Kurik Kundi Merah SagaGunung Saga Gunung Banang, Bukit Pengaram kelihatan indah; Bila terjaga selalu terkenang, Hati di dalam semakin gundah.
Kurik Kundi Merah SagaBuah duku masak setangkai, Dalam balang di tepi pintu; Apakah ilmu yang tuan pakai, Makin dipandang semakin rindu.

Kembali ke atas