Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sembahyang,

Puisi
 

Sembahyang waktu Subuh,
     Pasang tabir atas tambiran;
Bau adinda lekat di tubuh,
     Dibawa mandi tidakkan hilang.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Sembahyang diberi berwaktu,
     janji diberi berketika.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan hendaklah ditentukan waktunya, supaya selamat dan sempurna.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaOrang Keling sembahyang sami, Dia sembahyang pagi petang; Ingat rumput di bumi, Dipijak orang pagi petang.
Kurik Kundi Merah SagaSembahyang waktu Subuh, Pasang tabir atas tambiran; Bau adinda lekat di tubuh, Dibawa mandi tidakkan hilang.
Kurik Kundi Merah SagaSembahyang waktu Subuh, Pasang tabir atas tambiran; Bau adinda lekat di tubuh, Dibawa mandi tidakkan hilang.
Kurik Kundi Merah SagaLayang-layang terbang melayang, Marilah hinggap di hujung ranting; Siapa bilang kamek tak sembahyang, Di dalam tidur membawa sembahyang.
Kurik Kundi Merah SagaOrang sembahyang lima waktu, Dalam sujud bunyi beduknya; Laut darat dunia satu, Langit juga akan tutupnya.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Keling sembahyang kusami, Bawa dian sepuntung seorang; Ibarat ambo rumput di bumi, Pagi petang dipijak orang.
Kurik Kundi Merah SagaHari raya sembahyang raya, Raja berangkat dari istana; Dari daya dan upaya, Tiada rotan akar berguna.
Kurik Kundi Merah SagaHaji-haji berbaju jubah, Sembahyang dalam perahu; Tuan berjanji tidak berubah, Bulan di atas dimakan Rahu.
Kurik Kundi Merah SagaTuan Haji memakai jubah, Mari sembahyang berhantar lalu; Fasal berjanji tidak berubah, Fasal merubah saya tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaTuan Haji berbaju jubah, Orang sembahyang haluan perahu; Hati saya tidak berubah, Hati abang belum tahu.
123

Kembali ke atas