Kurik Kundi Merah Saga | Ikan sembilang di dalam raga, Ditiup dengan sampah jerami; Naik membilang anak tangga, Turun selangkah jejak bumi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang sembilang ikan berdukang, Sayang selasih batang berduri; Barang hilang tidak terkenang, Hilang kekasih mana mencari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang sembilang ikan berdukang, Sayang selasih batang berduri; Barang hilang tidak terkenang, Hilang kekasih mana mencari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gunung Dening takok sembilang, Nampak dari Sabak Tuk Muda; Abang pergi jangankan hilang, Adik tinggal tidak mengapa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan sepat ikan sembilang, Anak pari dalam raga; Kalau tak dapat masa sekarang, Kemudian hari ambil juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan sengat ikan sembilang, Tebuk belakang ambil hati; Kus semangat abang seorang, Tolak belakang ada ganti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan selangat ikan sembilang, Tebuk belakang ambil hatinya; Kus semangat tuan seorang, Tolak belakang ada gantinya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan selangat ikan sembilang, Tebuk belakang ambil hatinya; Kus semangat tuan seorang, Pusing belakang banyak gantinya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau nak pancing ikan sembilang, Di air keruh tepi karang; Jalak berkokok tak putus selang, Biring yang mana tak nak radang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cancang rebung saya kunyiti, Anak sembilang terayap-rayap; Tantang gunung saya tangisi, Akan terbang tidak bersayap. |