Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.mua] | سموا

Definisi : 1. sekalian, segala: kalau ada wang, ~ boleh dibuat; 2. = semuanya, ke­semuanya sekaliannya: ~ memuji dia; 3. = kesemua segenap, setiap, seluruh: bunga itu merah ~; semua-semuanya segala-galanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.mua] | سموا

Definisi : 1 tidak ada yg dikecualikan; sekalian; segala: ~ orang akan mati. 2 = semuanya, kesemuanya sekaliannya sekali: Kambing dan lembunya ~ dijual. 3 seluruhnya; segala-galanya: Berapa harga ~nya? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semua (kata tugas)
1. Bersinonim dengan sekalian: segala, seluruh, sarwa, sekotah,

2. Bersinonim dengan sekaliannya: kesemuanya, serba serbi, semuanya, setiap,

3. Bersinonim dengan segenap: setiap, seluruh, serata, seantero.,


Puisi
 

Kain tanjung kain pelikat,
     Semua sudah dijahit enjin;
Bunga berjunjung teguh berikat,
     Tidak bergoyang ditiup angin.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Kita semua (= sekalian) mati,
     tetapi kubur masing-masing.

Bermaksud :

Masing-masing orang dengan pembawaan dan cara hidupnya yang tersendiri, meskipun berkaum keluarga.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSiapa kata kacang tak condong, Semua kacang condong belaka; Siapa kata bujang tak sombong, Semua bujang sombong belaka.
Kurik Kundi Merah SagaKain tanjung kain pelikat, Semua sudah dijahit enjin; Bunga berjunjung teguh berikat, Tidak bergoyang ditiup angin.
Kurik Kundi Merah SagaKain tanjung kain pelikat, Semua sudah dijahit enjin; Bunga berjunjung teguh berikat, Tidak bergoyang ditiup angin.
Kurik Kundi Merah SagaBudak-budak bermain panah, Main panah tanah seberang; Semua pokok tumbuh di tanah, Api-api tumbuh di cabang.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina belayar kolek, Hendak pandai menjaga kemudi; Kalau semua pilih yang cantik, Tidaklah laku kain kodi.
Kurik Kundi Merah SagaJambu muda dari Rawa, Gugur bersepah di kebun Pak Ali; Tinggallah semua sanak-saudara, Saya pergi jangan dicari.
Kurik Kundi Merah SagaTatang puan tatang cerana, Tatang melukut padi paya; Datang tuan datang semua, Datang menghibur hati saya.
Kurik Kundi Merah SagaCik Malik mengarang bunga, Mari karang tali rotan; Minta tabik pada semua, Saya nak karang hikayat syaitan.
Kurik Kundi Merah SagaTanduk rusa bercabang dua, Kalau mandi berkubang jangan; Dosa ini dosa semua, Kalau mati seorang jangan.
Kurik Kundi Merah SagaSudah bermukim di Negeri China, Kapal berlabuh di Tanjung Bata; Tuan semua sudah dipunya, Saya ini berputih mata.
123

Kembali ke atas