Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.mu.la] | سمولا

Definisi : 1. yg dahulu, yg mula-mula, sediakala: orang sakit itu sudah sembuh spt ~; 2. yg paling awal, yg pertama sekali: pendapatnya sekarang ini berlainan dr ~; 3. (sejak) awal, (dr) mula sekali: sejak ~ dia tidak bersetuju; 4. diulang sekali lagi (dr mula), lagi sekali: sejurus kemudian ia merebahkan dirinya ~ di atas katil; 5. balik (spt sediakala), kembali (spt dahulu): perasaan marah dan geramnya telah sejuk ~; membebaskan bandar itu ~ drpd tangan musuh; ~ jadi yg diwarisi baka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.mu.la] | سمولا

Definisi : 1 sekali lagi: Ia terpaksa menulis surat itu ~. 2 balik spt dahulu atau spt sedia kala; kembali spt yg mula-mula (keadaan, tempat dll): Badannya sudah sihat ~ selepas memakan ubat. 3 yg mula-mula; yg pertama sekali: Perangainya sekarang berbeza benar drpd ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mula
Kata Terbitan : mula-mula, semula, bermula, memulakan, memulai, permulaan, pemula,

Puisi
 

Mari kusayur dengan petola,
     Bunga lengkuas berangkai-rangkai;
Kalaulah diulang dari semula,
     Kekasih bertuah tak dapat dipakai.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Bunga layu kembang semula.

Bermaksud :

Orang tua yang bersolek seperti orang muda.

 

Lihat selanjutnya...(8)

489

Promises, like piecrust, are made to be broken

Jangan percaya atau berharap kepada janji kerana ia sering dimungkiri

Titian biasa lapuk, janji biasa mungkir

She promised not to mention the incident again, but promises, like piecrust, are made to be broken. I was shocked and humiliated when she retold the story in front of my fiancée.

Dia berjanji tidak akan menyebut lagi peristiwa itu, tetapi titian biasa lapuk, janji biasa mungkir. Aku sungguh terkejut dan naik malu apabila dia menceritakan semula kisah itu di hadapan tunangku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(18)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSaya tidak menyayur ketola, Puan menyayur buahlah labu; Saya tidaklah buat semula, Tuanlah buat mula dahulu.
Kurik Kundi Merah SagaMari kusayur dengan petola, Bunga lengkuas berangkai-rangkai; Kalaulah diulang dari semula, Kekasih bertuah tak dapat dipakai.
Kurik Kundi Merah SagaSayang Beruas datang Singapura, Tinggal berlabuh di Muara Rejang; Tidak pun kita berjodoh semula, Eloklah abang kembali pulang.
Kurik Kundi Merah SagaNanas paun tidak berduri, Manisnya mari umpama gula; Panas setahun hujan sehari, Perigi kering dalam semula.
Kurik Kundi Merah SagaPandai mengalah meniti batang, Raja Panji turun berkuda; Demi jauh tuan datang, Menuntut janji dari semula.
Kurik Kundi Merah SagaNanas serumpun tidak berduri, Rasanya manis seperti gula; Panas setahun hujan sehari, Telaga yang kering penuh semula.
Kurik Kundi Merah SagaNanas serumpun tidak berduri, Buah manis seperti gula; Panas setahun hujan sehari, Telaga yang kering penuh semula.
Kurik Kundi Merah SagaAduilah adui meniti batang, Si teman bujang dicari juga; Berapa jauh dia datang? Kalau jadi dari semula.
Kurik Kundi Merah SagaRakit-rakit rumah Pak Senu, Lalu tersangkut di pokok pedada; Bertukar ganti saya tak mahu, Sudah dituju dari semula.

Kembali ke atas