Kurik Kundi Merah Saga | Awang Dollah pandai meniti, Pandai meniti pandan mengkuang; Kerana tebu semut tak mati, Kerana semut gula terbuang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bagaimana membunuh semut, Taruh gula di mangkuk perang; Bagaimana saya hendak selimut, Kainku sudah dipinjam orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nasi sejuk dihurung semut, Bawa gonggong meniti petang; Berasa sejuk kutarik selimut, Baru kutahu badan seorang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nasi sejuk makanan semut, Bunga teratai di dalam paya; Adik sejuk tarik selimut, Sarung bantal bawah kepala. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nasi sejuk digonggong semut, Bawa budak pergi ke Bangka; Tuan sejuk tarik selimut, Ambil bantal ganti saya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nasi dingin digonggong semut, Dibawa belayar ke Singapura; Badan dingin tarik selimut, Bantal peluk ganti adinda. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetaklah akar akar merah, Semut meniti di dalam talam; Badan berpeluh mataku merah, Angkat mengucap di tengah malam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetaklah akar akar merah, Semut meniti di batang padi; Fasal saja lautan jauh, Kalau setanah kujalan kaki. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa diharap padi Belanda, Tempat semut buat sarang; Apa diharap pada kakanda, Tiada harta bangsa pun kurang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Di batang buruk sarang tekukur, Tempat bersarang semut api; Saya di sini rindu tak tidur, Kerana tuan saya ingati. |