Kurik Kundi Merah Saga | Pokok sena dahan sena, Sulur-menyulur di tepi perigi; Tahun mana musim yang mana, Haraplah kita jumpa lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok sena daun pun sena, Daun jatuh dalam telaga; Bulan mana hari mana, Boleh kita berjumpa pula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buai laju-laju, Sampai pucuk sena; Apa dalam baju, Sekuntum bunga sena. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga sena datuk, Kembang tajul Malai; Selawat pinang datuk, Masuk jenung balai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga sena kuning mencelah, Daun kering jatuh bersepah; Saya yang hina buang sebelah, Hidup di dunia bagai sampah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga sena dalam jerami, Putik kandis dalam dulang; Cuba guna dalam nyanyi, Bawa nyanyi depan orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok sena kampung seberang, Satu dahan dua cabang; Apabila kena getah abang, Lalat yang liar tak boleh terbang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok sena dahan bercantum, Tempat bersarang burung tekukur; Kalau bunga bukan sekuntum, Kumbang juga bukan seekor. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pohon sena cabangnya empat, Mari terbang waktu pagi; Kalau kena dengan makrifat, Burung terbang menyerah diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Alor Sena Alor Lancang, Terpijak kaca tikam kaki; Apa guna sanggul lintang, Sanggul cacakan elok lagi. |