Kurik Kundi Merah Saga | Cik Kadir menetak senduduk, Senduduk tumbuh tepi telaga; Kalau takdir tak dapat tanduk, Namun telinga kupulas juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pohon senduduk pohon serai, Pohon senduduk buat pedati; Dengar kokok berderai-derai, Melihat ekor bergelumang tahi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok senduduk baru berbunga, Daunnya habis dimakan babi; Selama hidup dalam dunia, Seribu tahun lautan mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Potong senduduk berbelah-belah, Mari diletak di dalam pinggan; Telunjuk saya diberi Allah, Suruh mencelup kapur intan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok senduduk di luar pagar, Sungguh berbunga tidak berbau; Satu sungguh kedua benar, Masuk ketiga saya tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang senduduk pengail talang, Kain buruk kami tapiskan; Tersentak tidur tengah malam, Bantal peluk saya tangiskan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang senduduk di atas bukit, Pokok dedap sudah tumbang; Beralih duduk jauh sedikit, Beralih cakap terasa bimbang. |

Kurik Kundi Merah Saga | Pokok senduduk di tanah seberang, Berselang rapat si pokok jati; Punca hidup terus membujang, Kalau tak dapat bagai di hati. |