Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kesusahan (kesulitan dll), pen­deritaan: berbagai-bagai ~ dan kesusahan yg ditanggungnya; azab ~ berbagai-bagai penderitaan; 2. menderita kesusahan (ke-sukaran dll): buat seorang bapa tentulah tidak suka melihatkan diri anaknya dlm keadaan hidup ~; menyengsarakan menjadikan (menye­bab-kan, mendatangkan) sengsara, meng­aniaya, menyusahkan: ~ rakyat jelata; engsaraan perihal sengsara: ibu kan-dungku telah mati dlm ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : menderita kesusahan atau kesulitan; tidak pernah merasai ke­senangan; sentiasa susah dan menderita hidupnya: Jika kita malas belajar, nescaya ~lah hidup kita selama-lamanya. azab ~ berbagai-bagai kesusahan dan seksa yg diderita. menyengsarakan membuat jadi sengsara; menyebabkan sengsara: Perbuatan ayah tirinya yg kejam itu telah ~ hidupnya. kesengsaraan keadaan sengsara; kesusahan hidup: Ramai yg hidup dlm ~. penyengsaraan perbuatan atau hal menyengsarakan: Dia sedikit pun tidak berasa kesal atas ~ yg dilakukannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sengsara.

Puisi
 

Anak raja menjadi duyung,
     Menjadi duyung di dalam laut;
Sangat sengsara hendak bergantung,
     Rasa bergantung di hujung rambut.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Bagaimana kumbang putus tali.

Bermaksud :

Amat cepat; terlepas daripada sengsara. (Biasa juga: Kambing putus tali).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKencang utara daratan Siam, Bunyi beduk dari hulu; Datang sengsara duduk diam, Asalkan tertutup sekalian malu.
Kurik Kundi Merah SagaAnak raja menjadi duyung, Menjadi duyung di dalam laut; Sangat sengsara hendak bergantung, Rasa bergantung di hujung rambut.
Kurik Kundi Merah SagaMerokok tembakau Padang, Asap menjulang ke udara; Tinggal adik tinggallah sayang, Abang ditempuh sengsara.
Kurik Kundi Merah SagaSuluh menyuluh di Teluk Emas, Panas sejuk angin utara; Ribut taufan baik berkemas, Antara belum jadi sengsara.

Kembali ke atas