[sen.ja] | سنجا
Definisi : waktu matahari hampir terbenam (lebih kurang pukul 7.00 malam), ketika hampir akan malam: ~ hampir tiba, ayam dan itiknya kedengaran riuh rendah masuk ke reban; berebut ~ Mn hari mulai malam; ~ buta = ~ raya senja yg sudak agak larut (lebih kurang pukul 8.00 malam); kesenjaan sudah terlalu petang (hampir benar akan malam), kepetangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[sen.ja] | سنجا
Definisi : waktu matahari hampir terbenam (lebih kurang pukul 7.00 malam); waktu hampir malam; senjakala. ~ buta (raya) waktu senja yg sudah gelap (lebih kurang pukul 7.30 malam). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)