Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sen.tia.sa] | سنتياس

Definisi : sepanjang masa, selalu; senantiasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.tia.sa] | سنتياس

Definisi : sepanjang masa; setiap masa; selalu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sentiasa (adjektif)
Bersinonim dengan senantiasa, selalu, sepanjang masa, setiap waktu, selamanya, berpanjangan, berterusan, berkekalan, tunak, selulus, sokmo;,

Puisi
 

Di Kampung Hulu banyak temu,
     Tumbuh bersepah merata-rata;
Adakah tahu nasib temanmu,
     Sentiasa berendam airnya mata.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Jangan difikirkan air pasang saja.

Bermaksud :

Janganlah mengharapkan nasib yang baik sentiasa.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Sekalung Budi Seuntai BahasaAnak Cina main gelombang, Nampak dari Tanjung Jati; Tuan umpama bunga yang kembang, Sentiasa hidup di dalam hati. Anak beruk di kayu rendang, Turun mandi di dalam paya; Hodoh buruk di mata orang, Cantik manis di mata saya. Anak ikan dimakan ikan, Ikan berenang dalam perigi; Hilang intan berganti intan, Intan bernama payung negeri.
Kurik Kundi Merah SagaDi Kampung Hulu banyak temu, Tumbuh bersepah merata-rata; Adakah tahu nasib temanmu, Sentiasa berendam airnya mata.
Kurik Kundi Merah SagaBuat padi tak jadi padi, Padi bunganya lalang; Buat budi dibalas budi, Kekasihku sentiasa dikecek orang.

Kembali ke atas