Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.o.rang] | سأورڠ

Definisi : 1. satu orang; salah ~ mana-mana satu orang (drpd yg banyak); 2. sendiri; ~ diri sendiri sahaja; ~ budi-budian, ~ tabung seruas prb perihal dua orang yg berlainan tabiat­nya (iaitu seorang suka berahsia dan yg satu lagi lurus); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.o.rang] | سأورڠ

Definisi : 1 satu orang. 2 sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Hendak ke seberang seberang saja,
     Saya tak mahu berkuda-kuda;
Hendak seorang seorang saja,
     Saya tidak mahu berdua tiga.


Lihat selanjutnya...(164)
Peribahasa

Yang seorang memeram batu,
     yang seorang memeram pisang.

Bermaksud :

Perbezaan pendirian; seorang boleh menanti seorang lagi tidak.

 

Lihat selanjutnya...(76)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDari seberang ke seberang pula, Hanyut pandan dari kuala; Dari seorang seorang pula, Dandan juga pusing kepala.
Kurik Kundi Merah SagaHendak ke seberang seberang saja, Saya tak mahu berkuda-kuda; Hendak seorang seorang saja, Saya tidak mahu berdua tiga.
Kurik Kundi Merah SagaPandai benar tuan merokok, Lepas sebatang sebatang lagi; Pandai benar abang mengelak, Lepas seorang seorang lagi.
Kurik Kundi Merah SagaSeorang berperang seorang bertombak, Masing-masing tunjukkan jantan; Bukit bertepuk gunung berombak, Datang air jadi sempadan.
Kurik Kundi Merah SagaSeorang berkuda seorang berlembu, Takkan sama dengan tapaknya; Tuan sutera saya belacu, Takkan sama dengan coraknya.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina dua beradik, Seorang bodoh seorang cerdik; Seumpama ayam kudidik, Cari makan yang baik-baik.
Kurik Kundi Merah SagaTebang mari kayu nangka, Hendak dibuat kayu api, Seorang neraka seorang syurga, Yang mana satu hendak diganti.
Kurik Kundi Merah SagaSayang sirih dari seberang, Pokok mengkudu dahannya tinggi; Seorang kasih seorang sayang, Bagai hempedu lekat di hati.
Kurik Kundi Merah SagaSayang sirih dari seberang, Pokok mengkudu dahannya tinggi; Seorang kasih seorang sayang, Bagai hempedu lekat di hati.
Kurik Kundi Merah SagaItik belang pekaka belang, Turun mandi di tepi pantai; Adik seorang abang seorang, Kita mati bertindih bangkai.
12345678910...

Kembali ke atas