Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sendiri sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Ikan temenung ikan tenggiri,
     Ikan mati kena tuba;
Duduk termenung seorang diri,
     Orang ditunggu tak kunjung tiba.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Nasi sama ditanak,
     kerak dimakan seorang.

Bermaksud :

Kerja sama-sama dilakukan, keuntungan diambil seorang diri.

 

Lihat selanjutnya...(5)

47

Don't bite off more than you can chew

Jangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri.

Bayang-bayang tidak sepanjang badan

Don't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget.

Bayang-bayang tidak sepanjang badan. Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHari hampir dinihari, Kokok ayam ganti-berganti; Aku duduk seorang diri, Air mata gugur kanan kiri.
Kurik Kundi Merah SagaIkan temenung ikan tenggiri, Ikan mati kena tuba; Duduk termenung seorang diri, Orang ditunggu tak kunjung tiba.
Kurik Kundi Merah SagaTelur pipit dalam sarang, Tetaskan anak sehari sebiji; Gunung berhimpit jarang-jarang, Bukit terlepas seorang diri.
Kurik Kundi Merah SagaAir surut ikan geramai, Sudah dapat ikan tenggiri; Masa hidup kita berdamai, Mati nanti seorang diri.
Kurik Kundi Merah SagaAnai-anai di tanah rekah, Mari dikais menimba hari; Masa suka ramai berdekah, Waktu menangis seorang diri.
Kurik Kundi Merah SagaHaji Daik duduk di pintu, Dagu ditumpang menggigit jari; Memang pahit hidup dimadu, Biar bujang seorang diri.
Kurik Kundi Merah SagaKekalkan Mas Merah dari Seberang, Singgah sebentar ke Tanjung Puri; Buah hati kekasih orang, Rindu kutanggung seorang diri.
Kurik Kundi Merah SagaBunga melur setangkai diri, Anak udang dari Patani; Tidur malam seorang diri, Aku tak tahu selama ini.
Kurik Kundi Merah SagaGantung kelambu tinggi berdiri, Tempat gajah melonggok tulang; Adik takut undurlah diri, Biarlah saya mati seorang.

Kembali ke atas