Kurik Kundi Merah Saga | Ikan tenggiri ikan temenung, Lautnya konon sepanjang pantai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Memburu rusa di tepi bukit, Rusa diburu sepanjang hari; Malu bukan satu penyakit, Ubatnya tentu payah nak cari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sisirlah sisir rambut panjang, Lepas disisir disolek bunga; Fikirlah fikir sepanjang-panjang, Datang hujan tidak berguna. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sisir-sisir rambut panjang, Sudah disisir disolek bunga; Fikir-fikir sepanjang-panjang, Sudi menatang kitak berdua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gulai lemak sayur cendawan, Anak udang goreng berlada; Kasih emak sepanjang jalan, Sayang saudara sama berada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Perahu sarat muatan daun, Sarat berisi dengan lokan; Kalau hidup sepuluh tahun, Sepanjang hayat aku nantikan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang kelapa buahnya masak, Batangnya condong ke pokok mangga; Merajukkan sayang bersapa tidak, Sepanjang malam saya berduka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bangun malai bangunlah bungaku, Bangun puasa bulan Ramadan; Hilang bunga hilang di pangkuanku, Bungaku wujud sepanjang badan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga melati tumbuh di ceruk, Dialih mari ke dalam taman; Sekeping hati hancur remuk, Meranalah saya sepanjang zaman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa dikutip pisang nak tumbang, Cincin permata di dalam cawan; Apa kisik abang nak pulang, Air mata sepanjang jalan. |