Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : rasa kelat (buah-buahan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : beberapa jenis ikan yg terdapat di laut dan juga di sungai atau di paya. ~ karang (laut) nama sj ikan laut, Pemphens spp.. ~ siam nama sj ikan darat, Trichogaster pectoralis. ~ padi (ronggeng) nama sj ikan darat yg terdapat di sawah dan biasanya kecil-kecil, Trichogaster trichopterus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sepat I

Puisi
 

Ikan sepat mudik ke hulu,
     Anak haruan putih dada;
Siapa cepat dapat dahulu,
     Siapa kemudian putih mata.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Bagai anak sepat ketohoran.

Bermaksud :

Berbaring dan bermalas-malas saja di rumah orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaIkan sepat mudik ke hulu, Ikan haruan putih dadanya; Siapa cepat dapat dahulu, Siapa kemudian putih matanya.
Kurik Kundi Merah SagaIkan sepat mudik ke hulu, Anak haruan putih dada; Siapa cepat dapat dahulu, Siapa kemudian putih mata.
Kurik Kundi Merah SagaAnak sepat sudah melompat, Ikan limbat melata-lata; Kalau cepat tentulah dapat, Kalau terlambat putihlah mata.
Kurik Kundi Merah SagaAnak sepat mudik ke hulu, Anak haruan putih dadanya; Siapa cepat dapat dahulu, Siapa kemudian putih matanya.
Kurik Kundi Merah SagaAnak sepat anak sembilai, Anak tengkarung di dalam padi; Dari jauh sengek dan kulai, Senyum serong haram tak jadi.
Kurik Kundi Merah SagaIkan sepat ikan muara, Anak itik di pinggir kali; Meminta maaf pada saudara, Kesilapan besar sama sekali.
Kurik Kundi Merah SagaAnak sepat mata merah, Ambil lepas dalam cerana; Kalau tersepak jangan marah, Ambo nak pelepas anak teruna.
Kurik Kundi Merah SagaKacang sepat kaki melela, Orang meraih di lubuk Johor; Di mana tempat hati gila, Hitam manis rambutnya kejur.
Kurik Kundi Merah SagaKacang sepat kacang melata, Kacang melata di atas kota; Orang berempat sebaya saja, Salah satu kuambil juga.
Kurik Kundi Merah SagaKacang sepat kaki melela, Orang meraih di lubuk Johor; Di mana tempat hati gila, Hitam manis rambutnya kejur.
123

Kembali ke atas