Kurik Kundi Merah Saga | Ular pucuk jatuh ke lembah, Ular lidi jatuh berdebab; Surat sepucuk datang menyembah, Kalau sudi segelah jawab. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lang terbang menyongsong angin, Mari dipangku ke atas puan; Surat sepucuk dibawa angin, Kalau sudi bacalah tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah beluru bermain angin, Jatuh sebiji di dalam puan; Surat sepucuk kami kirim, Kalau sudi bacalah puan. |