Kurik Kundi Merah Saga | Sepuluh hari di Teluk Ramunia, Orang bertandak di atas tanah; Sudah menjadi resam dunia, Di mana bengkak di situ menanah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ayam turun sepuluh, Mati seekor tinggal sembilan; Kutuntut ilmu bersungguh-sungguh, Akan buat bekalan hari kemudian. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak enggang terbang sepuluh, Hinggap mari dahan berduri; Sungguh keras buku buluh, Dimakan bubuk habis sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah ini tiang sepuluh, Mari kudiri di atas rakit; Malam ini malam kesepuluh, Kerana menunggu orang sakit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak buluh panjang sepuluh, Buah pala di pintu kota; Apa guna suruh-menyuruh, Tipu daya kita berdua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak buluh panjang sepuluh, Nak menjolok sarang tempua; Janganlah adik suruh-menyuruh, Biarlah pandai kita berdua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ayam turun sepuluh, Mati seekor disambar helang; Kalau tuan berani sungguh, Rebutlah aku di tangan orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain putih panjang sembilan, Panjang sepuluh berkelim rambu; Adik putih tidur semalam, Lekat peluh hodohnya bau. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pukul lapan pukul sembilan, Pukul sepuluh jam mati; Pandai makan pandai menyimpan, Jikalau gopoh main tak jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pukul lapan pukul sembilan, Pukul sepuluh jam pun mati; Pandai makan pandai menyimpan, Jika gopoh merosak diri. |