Kurik Kundi Merah Saga | Tekukur terbang seratus, Hinggap mari di kayu jati; Sudah kuukur serta kupirus, Jangan si malai berjauh hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tekukur terbang seratus, Turun ke tanah mematuk padi; Adik kuukur serta kupirus, Jangan adik berjauh hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Singapura gudang seratus, Hisis mari kain pelikat; Kalau cik abang menjadi putus, Nyawa di badan jadi pengikat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Singapura gudang seratus, Hisis mari kain pelikat; Kalau cik abang menjadi putus, Nyawa di badan jadi pengikat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tali kail panjang seratus, Saya nak mengail ikan parang; Hendak meniti jambatan putus, Hendak menyeberang buaya garang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung merpati terbang seratus, Hinggap mari di pohon nanas; Hendak meniti jambatan putus, Hendak berenang buaya ganas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak belah pecah seratus, Nampak berbalam di hutan lipur, Demi Allah sumpah putus, Sudah digenggam masakan lebur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung tekukur terbang seratus, Hinggapnya mari di kayu jati; Diukur serta dipirus, Kandaku jangan berjauh hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Batu belah pecah seratus, Pecah ditimpa kayu berangan; Demi Allah setelah kutulus, Sebelum berjanji lepas di tangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak pipit terbang seratus, Mari hinggap di tapak tangan; Tak sedar kainku putus, Tuan tak kulepas kepada tangan. |