Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata serindit

Puisi
 

Serindit bulunya bengkok,
     Bengkok sampai ke jari kaki;
Minta sirih diunjuk rokok,
     Kalau rokok mana api?


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Niat hati nak getah bayan,
     sudah tergetah burung serindit.

Bermaksud :

Lain yang dihajati, lain yang diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Niat hati hendak memancing temenung, sudah terpancing ikan setoka).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSerindit terbang rendah, Terbang mari menyongsong angin; Siapa tauhid kepada Allah, Masuk syurga jannatunnaim.
Kurik Kundi Merah SagaSerindit bulunya bengkok, Bengkok sampai ke jari kaki; Minta sirih diunjuk rokok, Kalau rokok mana api?
Kurik Kundi Merah SagaBurung serindit terbang melayang, Terhenti hinggap di ranting mati; Bukan ringgit dipandang orang, Tapi memandang bahasa dan budi.
Kurik Kundi Merah SagaSayang serindit punai di Jawa, Permainan anak permaisuri; Pelepah jatuh pucuk ketawa, Pangkal juga menahan diri.
Kurik Kundi Merah SagaBurung serindit terbang melayang, Turun ke tanah makan padi; Kita terselit di kampung orang, Biar pandai membawa diri.
Kurik Kundi Merah SagaBurung serindit makan nanas, Arang terap dalam padi; Janganlah adik bercakap panas, Rasa sedih di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaBurung serindit tidur tergantung, Tergantung mari di alang tengah; Tabiklah datuk empunya kampung, Kami bermain di tengah-tengah.
Kurik Kundi Merah SagaBurung serindit di sawah padi, Habis pulut dimakan tempua; Tidak sakit atau mati, Lambat laun berjumpa jua.
Kurik Kundi Merah SagaSayang serindit dadanya biru, Mati disumpit Raja Paiman; Selama teringat permatanya guru, Belum kujanji lepas di tangan.
Kurik Kundi Merah SagaSayang serindit dadanya biru, Mati disumpit Raja Paiman; Selama teringat permatanya guru, Belum kujanji lepas di tangan.
123

Kembali ke atas