Kurik Kundi Merah Saga | Berbunyi mawas serta bangsi, Raja Janjuma dari seberang; Syurga terbuka saya tangisi, Hendak menumpang ilmu pun kurang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak pinang serta sayur, Bunga pekan dalam cerana; Hati perut bagai dilayur, Dengar pesan abang di sana. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ada satu panglima Pulai, Pelihara janggut serta misai; Begitu banyak kain di kedai, Berkain kasar dengan cindai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beli mangkuk buat kenduri, Panggil lebai serta aji; Masa berkokok sama berlari, Tak boleh bercampur biring bertaji. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ada satu nama Tok Janggut, Taruh misai serta janggut; Kalau tak pandai ilmu ribut, Lebih baik jangan ke laut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Keris panjang mata tirus, Ulu keris nampak bersilang; Serta pasang dengan arus, Bergerak surut pasangnya hilang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tekukur terbang seratus, Hinggap mari di kayu jati; Sudah kuukur serta kupirus, Jangan si malai berjauh hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tekukur terbang seratus, Turun ke tanah mematuk padi; Adik kuukur serta kupirus, Jangan adik berjauh hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung tekukur terbang seratus, Hinggapnya mari di kayu jati; Diukur serta dipirus, Kandaku jangan berjauh hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Limau bertumbuh di tepi tebat, Tanam halia habis layu; Harimau mengambur serta melompat, Habis kera panjat kayu. |