Kurik Kundi Merah Saga | Bertanak periuk besar, Nasinya berulas-ulas; Pantun sesama besar, Bunyinya berbalas-balas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang mengail umpan keridik, Habis umpan berganti daun; Orang bermain sesama cerdik, Habis bulan berganti tahun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang selasih sama selasih, Selasih tumbuh di tepi kolam; Kalau hati sesama kasih, Rindu dipendam siang malam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang selasih sama selasih, Selasih tumbuh di tepi kolam; Kalau hati sesama kasih, Rindu dipendam siang malam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau nak main kuda, Biarlah sampai ke Ulu Geylang; Kalau nak main sesama muda, Biarlah sampai nyawa hilang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau nak main kuda, Biarlah sampai ke Ulu Geylang; Kalau nak main sesama muda, Biarlah sampai nyawa hilang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Onang-onang terbang meracik, Mari jala dalam telaga; Hanyut pinang jari terkacip, Hendak cuba sesama muda. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak berlengu boleh berlengu, Hendak berlengu Padang Seberang; Hendak bertemu boleh bertemu, Hendak bertemu sesama seorang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk paku makanan kalui, Dahan dedap bertaruk muda; Tak berbalas tak berbalui, Tak ada adab sesama muda. |
Kurik Kundi Merah Saga | Naik bukit hari meninggi, Hendak dicincang nangka muda; Biar saya tak makan sehari, Asal berpandang sesama muda. |