Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.sat] | سست

Definisi : 1. tidak mengikut jalan yg betul, tersalah (tersilap) jalan: ~ di jalan; 2. ki tersalah, terkeliru (perbuatan, kepercayaan, dll), me­nyimpang dr jalan yg benar: lama-kelamaan mereka menjadi ~ lalu menyembah berhala; ~ akal tidak siuman, gila; ~ barat salah sekali (jalan yg diikuti); ~ fikiran salah pegangan (pendirian, pendapat); ~ lalu mengikut jalan yg salah; ~ langkah a) melakukan perbuatan yg salah; b) mendapat bencana (sial) dlm perjalanan; ~ pusat bingung; ~ di hujung jalan, balik ke pangkal jalan prb jika tidak boleh dicapai persetujuan dlm sesuatu mesyuarat, hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya; ~ surut, ter­langkah kembali prb membaiki kesalahan yg telah dilakukan; kelarai ~ taja prb sesuatu kesilapan yg memang salah dr mulanya lagi; bersesat tersalah jalan yg diikuti, dlm keadaan yg sesat (perjalanan); menyesatkan 1. menyebabkan jadi sesat (perjalanan), membawa ke jalan yg salah: permatang yg panjang ini tidak akan ~ perjalanan kita; 2. ki menjadikan keliru atau tersalah: hidup tanpa penjelasan dan tanpa mengetahui selok-belok agama yg benar­benar akan ~ semata-mata; tersesat 1. tersalah jalan yg diikuti: semenjak suami saya masuk hutan, entah masuk komunis, entah ~ jalan, saya tetap dianggap serong; 2. ki terpesong drpd kebenaran (fikiran, fahaman, dll): dia mengingatkan kita supaya jangan ~ dan jangan melupakan Tuhan; kesesatan 1. perihal sesat (perjalanan dll): dlm ~ yg menyesakkan ini, aku memasuki beberapa buah rumah dan menanyakan rumah keluarga Van Hogenstra; 2. ki keke­liruan (bkn fahaman, pegangan, dll), ke­silapan: agama menunjukkan jalan yg benar dan menyelamatkan manusia drpd ~; penyesatan perbuatan mendatangkan ke­sesatan: soal ~ memang sukar diselesaikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.sat] | سست

Definisi : 1 tidak mengikut jalan yg betul; tersalah jalan: Malu bertanya ~ jalan. 2 tidak mengikut ajaran yg benar; menyimpang dr kebenaran: Sebelum datang Islam, mereka telah hidup beberapa lama dlm agama yg ~. ~ barat a. sesat dan bertambah sesat lagi sehingga tidak tahu akan jalan keluar. b. kelam-kabut dan tidak dpt menyelesaikan sesuatu masalah. menyesatkan menyebabkan menjadi sesat: Jalan yg berliku-liku ini tentu akan ~ kita. tersesat 1 tersalah jalan. 2 terpesong dr yg benar: Baginda telah mengingatkan kita supaya tidak ~ dan tidak melupakan Tuhan. kesesatan perihal atau keadaan sesat: Mereka berusaha utk keluar dr ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sesat
Kata Terbitan : tersesat, menyesatkan, kesesatan, penyesatan,

Puisi
 

Berburu tidak mengejar pun tidak,
     Hendak masuk ke dalam hutan;
Berguru tidak belajar pun tidak,
     Sesat tak tahu cara Islam.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sesat di hujung jalan,
     balik ke pangkal.

Bermaksud :

Kalau dalam perundingan tidak mencapai kata sepakat, hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya dari semula.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBuah langsat di Kota Medan, Dibawa orang dari Belawan; Kalau sesat di hujung jalan, Surut ke pangkal jalan.
Kurik Kundi Merah SagaBerburu tidak mengejar pun tidak, Hendak masuk ke dalam hutan; Berguru tidak belajar pun tidak, Sesat tak tahu cara Islam.

Kembali ke atas