Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ta.ra] | ستارا

Definisi : 1. sama (besarnya, kuatnya, dll), sejajar: kelakuannya sangat ganjil jika dibandingkan dgn kelakuan pemuda-pemu­da lain yg ~ dengannya; 2. sama (pangkatnya, darjatnya, tarafnya, nilainya, dll), sedarjat, setaraf: maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai ~ Seri Nara Di­raja; 3. sepadan, setimbal, seimbang: usaha­nya tidak ~ dgn hasilnya; gajinya tidak ~ dgn kerjanya; 4. sebanding, setanding, sela­ras: taraf ekonomi dan darjat pengetahuan rakyat di negeri-negeri Afro-Asia belum ~ dgn yg telah dicapai oleh penduduk di negeri Barat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ta.ra] | ستارا

Definisi : sama keadaannya (kedudukannya, tarafnya dll); seban­ding; seimbang: Kekayaan dua orang itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tara (kata nama)
Bersinonim dengan bandingan, tandingan, tolok, padanan, lawan, kufu, imbangan, timpalan, babat;,
Kata Terbitan : setara, menarakan, menyetarakan, tertara, tara2, mentara,

Puisi
 

Nak mandi di pangkalan mana,
     Ingat sedikit disambar buaya;
Adik nak cari setara mana,
     Carilah yang serupa saya.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDari mana hendak ke mana, Tinggi rumput dari padi; Cantik tidak setara mana, Kasih tersangkut di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaNak mandi di pangkalan mana, Ingat sedikit disambar buaya; Adik nak cari setara mana, Carilah yang serupa saya.

Kembali ke atas