Kurik Kundi Merah Saga | Kapal Acheh Salleh tolak, Mari terlena di Pulau Minyak; Setengah kasih setengah tidak, Antara jangan dicampur hendak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dayang menyuci kain putih, Setengah cuci sabun pun hilang; Tuan berbudi saya pun kasih, Setengah kasih direbut orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mari sayang mari padiku, Beras direndam setengah cawan; Aduhai dayang buah hatiku, Rasa dendam setengah malam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Satu dua tiga empat, Lima setengah tidak gunanya; Belas memandang tupai melompat, Ada masa jatuh ke tanah juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Datanglah sudah kapal Surati, Pasang bendera setengah tiang; Datanglah sudah si jantung hati, Bulanlah terang disangka siang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Satu dua tiga empat, Lima enam tujuh setengah; Sungguhpun pandai tupai melompat, Ada masa jatuh ke tanah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Satu dua tiga empat, Lima enam tujuh setengah; Pandai-pandai tupai melompat, Lama-lama jatuh ke tanah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Satu dua tiga empat, Lima enam tujuh setengah; Macam mana pandai tupai melompat, Adakalanya jatuh ke tanah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Batu kinyang jauh ke darat, Jalan kereta setengah hari; Makin dikenang makin melarat, Makin dicinta tambah berai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain putih dicuci putih, Tengah mencuci sabun hilang; Tuan kasih saya pun kasih, Setengah kasih bencana datang. |