Kurik Kundi Merah Saga | Tuan tidak pandai mengubah, Setiap hari sembahyang dalam perahu; Fasal berjanji tidak berubah, Fasal umur saya tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cendawan tumbuh di batang, Diambil orang setiap hari; pengantin/bulan Bagai bulan dipagar bintang, Pengantin duduk suami isteri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok ciku pokok meranti, Dititi oleh anak undan; Setiap waktu duduk menanti, Menanti tiba janjinya tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mari hinggap di pohon rimbu, Sayang selasih di tepi perigi; Setiap hari ku menanggung rindu, Kerana kasih ditinggalkan pergi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan menderu di tengah hari, Orang Cina berpayung kain; Adik rindu setiap hari, Rupanya abang mencari lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari raya berbaju kurung, Mari berkain batik lepas; Kalau kamek dua macam burung, Setiap hari datang mengabas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung helang terbang melayang, Singgah mari di pohon rimbu; Kuteringat kasih teringat sayang, Setiap hari menanggung rindu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rama-rama bertali benang, Pergi ke kota Inderaputera; Bilakah kala menjadi senang, Menderitalah hamba setiap masa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Limau manis condong ke Kerling, Tali sabut anyam berdiri; Tuanlah manis duduk menjeling, Saya menyebut setiap hari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kokok ayam sahut-menyahut, Kokok mari di malam hari; Anak laut pulang ke laut, Tempat bermain setiap hari. |