Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.tu.ju] | ستوجو

Definisi : 1. = setujuan sama arahnya (mak­sud­nya, tujuannya, dll): dasar perjuangan kita adalah ~; 2. = bersetuju tidak ber­tentangan (pendapat, fikiran, dll), semua­fakat, sependapat: aku ~ dgn kata-katanya; 3. = bersetuju serasi, cocok, sesuai: jikalau barang suatu perkataan itu dipakai ber­patutan dgn tempatnya nescaya sedaplah bunyinya dan ~lah dgn ertinya; 4. ark = bersetuju tertarik hati kpd, berasa senang akan, berkenan: jika tuan ~ ambillah; 5. = bersetuju, bersetujuan berbetulan (dgn), bertepatan (dgn); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.tu.ju] | ستوجو

Definisi : ®tuju I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.tu.ju] | ستوجو

Definisi : 1 serupa maksudnya atau sama arahnya. 2 sesuai; cocok: Kain biru itu ~ dgn baju putih ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata setuju

Puisi
 

Orang Acheh pulang ke Kubu,
     Bunyi loceng pukul lapan;
Jumpa kasih sama setuju,
     Bagai paku lekat di papan.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTenanglah belayar ke Kuala Kudu, Pukul angin melintang haluan; Kalau dapat kasih setuju, Umpama paku lekat di papan.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Acheh pulang ke Kubu, Bunyi loceng pukul lapan; Jumpa kasih sama setuju, Bagai paku lekat di papan.
Kurik Kundi Merah SagaLayang-layang mandi buih, Yu mati masuk pukat; Kasih sayang dicari boleh, Setuju di hati jarang dapat.
Kurik Kundi Merah SagaLayang-layang menyembur buih, Mari disembur di pohon tamu; Kasih sayang dicari boleh, Setuju di hati jarang bertemu.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna berkain batik, Kalau corak tidak seragi; Apa guna berbini cantik, Kalau tak setuju dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaBurung serindit terbang melayang, Jatuh ke tanah mencari padi; Sepuluh ringgit abang tak sayang, Asalkan setuju dengan hati.
Kurik Kundi Merah SagaTitik atap disambung atap, Atap disisik di dangau padi; Banyak adat perkaralah adat, Adat yang mana setuju di hati.

Kembali ke atas