Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sia] | سيا

Definisi : ; ikan ~ sj ikan darat, Mystacoleusus mar­ginatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sia] | سيا

Definisi : ; sia-sia tidak ada gunanya; tidak mendatangkan apa-apa hasil; terbuang saja: ~ berbuat baik kpd orang yg tidak bertimbang rasa. membuang wang dgn ~. mensia-siakan, menyia-nyiakan 1 memandang sbg tidak berguna; mem­buang-buang dgn percuma; tidak mahu menggunakan sesuatu baik-baik: Saya tidak akan ~ nasihatmu itu. 2 tidak mempedulikan atau tidak mengendahkan; mengabaikan janji dll; mengecewakan harapan: Aku tidak akan ~ engkau apabila engkau menjadi isteriku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sia
Kata Terbitan : sia-sia, mensia-siakan,

Puisi
 

Kalau tak boleh mengkuang kutetak,
     Sia-sia mudik ke hulu;
Kalau tak boleh muda kuhendak,
     Sia-sia memujuk guru.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Alpa negeri alah,
     sia-sia hutang tumbuh.

Bermaksud :

Alpa dan lalai mengakibatkan bencana.

 

Lihat selanjutnya...(81)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKalau tak boleh mengkuang kutetak, Sia-sia mudik ke hulu; Kalau tak boleh muda kuhendak, Sia-sia memujuk guru.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tak boleh mengkuang kutetak, Sia-sia mudik ke hulu; Kalau tak boleh muda kuhendak, Sia-sia memujuk guru.
Kurik Kundi Merah SagaTerbang burung berkawan-kawan, Hinggap mari tepi sempadan; Ayam togel kalau dilawan, Sia-sia ilmu di badan.
Kurik Kundi Merah SagaDayang berkayuh ke Sungai Lampai, Rasaku kepenatan ke jari-jari; Jika niat tidak sampai, Sia-sia sahaja datang ke mari.
Kurik Kundi Merah SagaDaun selasih menimba ruang, Anak sia mati ditambat; Sudah berkasih ditinggal buang, Di dalam hatiku bertambat rimbat.
Kurik Kundi Merah SagaRiang-riang di Gunung Ledang, Hendaklah makan si umbut padi; Sialah-sia mata memandang, Belum dapat main tak jadi.

Kembali ke atas