Kurik Kundi Merah Saga | Bagaimana menjemur padi, Siang dijemur malam dibuat; Bagaimana menghibur hati, Siang dihibur malam teringat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Malam ini merendam jagung, Siang besok menumbuk serai; Malam ini kita berkampung, Siang besok kita bercerai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dayang sedang menjemur padi, Siang dijemur malam dibuat; Bagaimana adik menghibur hati, Siang dihibur malam teringat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Alang sakit menjemur padi, Siang dijemur malam dibuat; Alang sakit menghibur hati, Siang dihibur malam teringat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ayam berkokok pagi, Itu tanda hari nak siang; Sudah jumpa jantung hati, Bulan terang disangka siang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ayam berkokok pagi, Itu tanda hari nak siang; Sudah jumpa jantung hati, Bulan terang disangka siang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Luputlah siang malam berganti, Cahaya terang gelap menjadi; Tidak disangka sekali-kali, Kesemuanya adalah kehendak Ilahi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pagi petang siang malam, Tinggi rendah panjang lebar; Di luar pisang racun di dalam, Penawar mudah banyakkan sabar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari hampir sudah siang, Fajar di hulu sudah benderang; Aku duduk di Muha Lawang, Makin bertambah hatiku pusang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau jeruju bandar Siam, Siang-sianglah kok padi; Kalau beralih tempat diam, Ulang-ulang mandi kini. |