Kurik Kundi Merah Saga | Banyak tumbuh pohon di sini, Encik Anjang orang berbudi; Silalah makan hidangan ini, Mana yang kurang jangan dikeji. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal puan berisi manik, Jambu air tepi perigi; Tuan datang silalah naik, Ambil air pembasuh kaki. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bagaimana mencucuk manik, Manik dicucuk di pagi hari; Abang adik silalah naik, Itu air membasuh kaki. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bila riak bilalah pasang, Bila melajak atas perahu; Bila teriak abang datang, Silalah masuk kita bertemu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ceriti pinang ceriti, Cerana di atas papan; Sirih ini sirih pengganti, Kalau sudi silalah makan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau mengutip bunga di taman, Bunga melur ada duri; Siapa dia orang di laman, Silalah naik kalau sudi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sutera ini sutera gulungan, Mari letak di atas meja; Surat ini surat kiriman, Kalau rindu silalah baca. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sutera ini sutera gulungan, Mari letak di atas meja; Surat ini surat kiriman, Kalau rindu silalah baca. |
Kurik Kundi Merah Saga | Obor-obor digulai lemak, Jintan selasih di bawah batang; Paya lumpur hutan pun semak, Jikalau kasih silalah datang. |