[si.lap] | سيلڤ
Definisi : 1. salah pandangan atau perasaan (dgn yg sebenarnya); ~ faham tidak memahami apa yg sebenarnya; 2. sl sulap, sunglap: tukang ~; 3. = ~ hati tidak ingat apa-apa (kerana terlalu marah dll); 4. salah yg tidak disengajakan, khilaf: kalau saya tidak ~, umurnya baru tiga puluh tahun; ~ gayung Kl telah melakukan sesuatu yg salah; ~ langkah tidak mengambil tindakan, keputusan dsb yg betul sehingga boleh mendatangkan kesan yg buruk; ~ mata a) sj permainan yg mengelirukan pandangan orang lain (membuat sesuatu yg aneh-aneh dll), sulap, sunglap; b) salah pandangan; c) silau; d) agak lupa, tidak sedar; ~ cakap kena radak, hilang jiwa percuma saja prb memperkatakan sesuatu perkara hendaklah hati-hati benar kerana buruk padahnya; ~ mata, pecah kepala prb kalau kurang hati-hati tentu akan mendapat bencana; menyilap menjadikan silap (pandangan dll), mengelirukan, menipu; tersilap (telah) melakukan kesalahan dgn tidak sengaja, tersalah, terkhilaf; kesilapan perihal silap, kekeliruan, kekhilafan; penyilap 1. tukang silap mata, tukang sunglap; 2. penipu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[si.lap] | سيلڤ
Definisi : 1 salah yg tidak disengajakan: Kalau saya tidak ~, semalam dia ada datang ke mari. 2 keliru pandangannya atau keliru perasaannya drpd yg sebenarnya. ~ faham tidak faham akan yg sebenarnya. ~ langkah tidak mengambil tindakan, keputusan dsb yg betul sehingga boleh mendatangkan kesan yg buruk. ~ mata sj permainan yg mengelirukan pandangan orang lain (utk membuat sesuatu yg aneh). tersilap tidak sengaja melakukan sesuatu yg salah; terkeliru. kesilapan sesuatu yg silap; kesalahan; kekeliruan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)