Kurik Kundi Merah Saga | Pohon mangga dalam kebun, Berbuah lebat patah dahan; Salah silap minta ampun, Mana termakan minta halalkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kelap-kelip kunang-kunang di rimba, Tempat di pohon gedung; Silap sedikit marahkan hamba, Di manalah tempat diri berlindung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada jarum patah, Jangan simpan dalam peti; Kalau ada silap salah, Jangan simpan dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Seremban ke Kuala Pilah, Singgah sekejap membeli roti; Kalau ada silap dan salah, Janganlah simpan di dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lang pungguk terbang berbalik, Hinggap seekor pohon keladi; Barang buruk jangan dibelek, Silap mata kena beli. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jangan diharap pauh di sini, Pauh tumbuh jauh ke darat; Jangan diharap kepada janji, Kalau silap adik melarat. |