Kurik Kundi Merah Saga | Simpan sepatu jangan dibalut, Simpan sahaja di dalam peti; Bertanam tebu di bibir mulut, Bertanam halia di dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada jarum patah, Jangan simpan dalam peti; Kalau ada silap salah, Jangan simpan dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cuka-cuka beli di bandar, Simpan makan dalam perahu; Suka-suka mahu belajar, Tidak belajar mana tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pergi ke darat, Jalan mari hujung tanjung; Simpan ringgit nanti berkarat, Bawa berniaga cari untung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak lipan sawah padi, Cari makan tepi pantai; Senjata simpan dalam peti,senjata/musuh Jumpa musuh baru pakai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ikan dimakan ikan, Tanam serai Padang Semu; Pandai makan pandai simpan, Jarang-jarang boleh bertemu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ikan dimakan ikan, Ikan siar dalam tuar; Tahu makan tahu simpan, Rahsia kita jangan keluar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Air pasang dayung sampan, Angin turun baik layarkan; Tahu makan tahu simpan, Rahsia jangan tuan khabarkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lipat kain lipatlah baju, Mari letak atas peti; Lupakan kain lupa baju, Simpan aku dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Empat belas bulan mengambang, Bulan belum purnama lagi; Kalau ingat kepada abang, Hendak simpan di dalam hati. |