Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sim.pul] | سيمڤول

Definisi : = simpulan ikatan pd tali (benang dll); tersenyum ~ tersenyum sedikit; ~ anjing berhimpit = ~ pengail ikatan utk menyambung dua tali yg licin; ~ belit ikatan utk mengikatkan tali pd batang; ~ buku sila simpul utk mengikat bungkusan; ~ bunga geti simpul utk menghubungkan dua tali; ~ hidup sj simpul yg mudah diurai; ~ kerusi simpul utk menurunkan orang dr tempat yg tinggi; ~ manuk simpul utk mengikatkan tali pd balak; ~ mati ikatan yg susah diurai; ~ pulih simpul utk memendekkan tali (mudah diurai); ~ sentak sj simpul yg mudah diurai (dgn menyentak); ~ tindih kasih simpul utk membuat tanjul; menyimpul 1. mengikat (hingga menjadi simpul): ~ tali kasut; 2. merupakan simpul; senyum ~ di bibir tersenyum; 3. ki memberi pendapat secara ringkas (dr apa yg telah di­bicarakan), menggulung: ketika ~ pendapat­nya ia menegaskan bahawa masa depan Islam tidak banyak berbeza drpd keadaan­nya sekarang; menyimpulkan 1. mengikatkan sesuatu sehingga menjadi simpul (supaya tidak terurai), menyimpul; 2. membentangkan (pendapat dsb) (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sim.pul] | سيمڤول

Definisi : , = simpulan ikatan yg dibuat dgn tali dll. ~ hidup ikatan yg mudah diuraikan. ~ mati ikatan yg susah diuraikan. ~ pulih ikatan yg dibuat utk memendekkan tali. ~ sentak ikatan yg dpt diuraikan dgn menyentak puncanya. menyimpul 1 merupakan simpul; spt simpul: Senyum ~ di bibir. 2 mengikat supaya tidak terurai: ~ tali kasut; ~ beg plastik. menyimpulkan 1 mengikatkan tali dsb hingga men­jadi simpul. 2 memberikan isi se­suatu perbincangan dgn ringkas; menggulung sesuatu perbincangan dll. simpulan sesuatu yg disimpulkan; ikatan: Bungkusan itu terburai kerana ~nya tidak kuat. ~ bahasa ungkapan yg terdiri drpd dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna tertentu. kesimpulan ringkasan drpd yg telah dibicarakan; kesudahan pendapat; keputusan: Mereka telah mengambil ~ mengecam orang-orang yg menyeleweng drpd perjuangan parti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
simpul
Kata Terbitan : menyimpul, menyimpulkan, tersimpul, simpulan, kesimpulan,

Puisi
 

Anak dara tersenyum simpul,
     Baru selesai bersanding semalam;
Parang saya memangnya tumpul,
     Tetak tak luka patah di dalam.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaRotan batu simpul pulih, Pauh percik dalam cawan; Bagaimana hendak boleh, Tahan racik pintu awan.
Kurik Kundi Merah SagaAnak dara tersenyum simpul, Baru selesai bersanding semalam; Parang saya memangnya tumpul, Tetak tak luka patah di dalam.
Kurik Kundi Merah SagaLipat-lipat ulam pegaga, Pucuk ara simpul pulih; Lebih mimpat mana ke ada, Sementara tentu boleh.
Kurik Kundi Merah SagaBawa tombak bawa cermin, Sapu tangan simpul pulih; Nampak bayang dalam cermin, Hendak dibawa tidak boleh.
Kurik Kundi Merah SagaBawa tombak bawa cermin, Rendang lada simpul pulih; Tengok gambar dalam cermin, Sungguh ada nak ambil tak boleh.
Kurik Kundi Merah SagaAyam denak hujung tualang, Hutan batu simpul pulih; Hak jinak jadi jalang, Guna tipu hendak boleh.

Kembali ke atas