| Kurik Kundi Merah Saga | Kamek mencuba sirih, Sirih dijual jambatan panjang; Cantik molek kamek tak pilih, Kasarlah jangan resmi orang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Nenek Lowek menjual sirih, Sirih dijual Jambatan Panjang; Cantik molek kami tak pilih, Asallah jangan mata keranjang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Dayak Hulu berjual sirih, Sirih dijual sebalung suang; Lagi dahulu tuan memilih, Sekarang ini duduk seorang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Cak royak makan sirih, Sirih ada dalam padi; Rupa elok tak payah pilih, Ikut suka dalam hati. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Apek Luek memakan sirih, Sirih dijual jambatan panjang; Cantik molek kami tak pilih, Syukur jangan mata keranjang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Ambil pisau pengait sirih, Sirih ada di tengah laman; Jangan sesal tidak boleh, Kerana tidak ada pertemuan. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Sirih saya sirih Cina, Sirih datang dari Kuantan; Cincin saya cincin bertanya, Ada tidak menaruh intan. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tak boleh sirih Cina, Sirih di darat kuambil juga; Jika tak boleh atas dunia, Di dalam akhirat kuambil juga. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tak boleh sirih Cina, Sirih di darat kuambil juga; Jika tak boleh atas dunia, Di dalam akhirat kuambil juga. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Ceriti pinang ceriti, Cerana di atas papan; Sirih ini sirih pengganti, Kalau sudi silalah makan. |