Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Nek Siti zaman Nek Siti, Nek Siti berjalan terhayun-hayun; Abang berbudi saya berbudi, Kerana budi terasa kasihan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Siti Wan Kembang perintah Kelantan, Nama termasyhur zaman dahulu; Baik-baik memilih intan, Takut terkena kaca dan batu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Siti Zubaidah menjadi raja, Menjadi raja negeri China; Malam sudah berpandang mata, Jika tak hampir menjadi gila. |
Kurik Kundi Merah Saga | Siti Zubaidah menjadi raja, Menjadi raja negeri Yunan; Apakah sudah berpandang mata, Kalau tak dapat menjadi ponan. |

Kurik Kundi Merah Saga | Cik Siti orang di pekan, Pecah periuk memasak susu; Sayang sungguh burung di hutan, Sayang denak tiada mengaku. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Siti anak Cik Hanafiah, Bangkit pagi menjahit kupiah; Laksana buah masak sebelah, Hendak kutelan serba salah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Siti menjual nangka, Dibubuh mari di dalam raga; Haram sekali tak kusangka, Ular lidi membunuh naga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Siti anak tuk bandar, Mengail todak umpannya sagu; Kalau benci katakan benar, Jangan ditolak dengan berlagu. |