Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[som.bong] | سومبوڠ

Definisi : tinggi hati, angkuh, bongkak, cong­kak, pongah: hanya orang yg ~ dan bong­kak sahaja yg suka berkata begitu; hendak ~ berbini banyak, hendak megah berlawan lebih prb kerana hendak memperlihatkan ketinggian diri, maka hidup dlm kesukaran; menyombong berlaku sombong, membesar­besarkan diri: drpd gayanya yg ~ itu, nampak benarlah dia bukan orang dr kampung itu; menyombongkan berasa sombong kerana sesuatu, memegahkan, membanggakan: ja­ngan suka ~ ijazahmu; ~ diri memegahkan (meninggi-ninggikan) diri; kesombongan perihal (sifat dsb) sombong, keangkuhan: cukuplah ~ dan keangkuhanmu pd hari ini; penyombong orang yg sombong (suka me­nyombong). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[som.bong] | سومبوڠ

Definisi : menghargai diri sendiri dgn berlebih-lebihan; tinggi hati; bong­kak: Jangan berkawan dgn orang yg ~. menyombong berkelakuan atau ber­laku sombong: Jangan hendak ~ kpd aku. menyombongkan me­nyombong ttg sesuatu; memegahkan: Janganlah engkau leka ~ kekayaanmu. ~ diri me­ninggi-ninggikan (memegahkan) diri. kesombongan sifat sombong; keangkuhan. penyombong orang yg sombong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Dagangan datang dari Melaka,
     Timbang mari dacing tembaga;
Cakap sombong saya tak suka,
     Lantai nibung makan kepala.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Lonjak sebagai labu dibenam.

Bermaksud :

Sombong, angkuh.

 

Lihat selanjutnya...(29)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSiapa kata kacang tak condong, Semua kacang condong belaka; Siapa kata bujang tak sombong, Semua bujang sombong belaka.
Kurik Kundi Merah SagaDagangan datang dari Melaka, Timbang mari dacing tembaga; Cakap sombong saya tak suka, Lantai nibung makan kepala.
Kurik Kundi Merah SagaEncik Gamung orang Melaka, Lipatlah kajang kemas-kemas; Janganlah sombong adik berkata, Di mana kijang bertanduk emas?
Kurik Kundi Merah SagaBuah kepayang dari Senggarang, Pergi Separut membuat wajik; Dulu kaya sombong dan garang, Sekarang papa semua mengejek.
Kurik Kundi Merah SagaRamai Cina kerja lombong, Bukit Letung kerja kaci; Abang sungguh tidak sombong, Adik berjalan selalu memuji.
Kurik Kundi Merah SagaKereta api tak ada serombong, Kapal pergi ke Batu Pahat; Sekali-kali saya tak sombong, Tapilah tuan tak tahu adat.
Kurik Kundi Merah SagaGalah cengal perahu cengal, Muatlah sarat batang nibung; Sudah kenal buat tak kenal, Itulah tanda awaklah sombong.

Kembali ke atas