Kurik Kundi Merah Saga | Merak emas merak Palembang, Merak suasa patah kaki; Gunung emas sudah hilang, Gunung suasa ada ganti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beli suasa beli tembaga, Sudah dibeli tidak dipakai; Malam ini malam celaka, Sudah dijanji tidak ditunai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Padi perak berdaun suasa, Buahnya mengurai emas merah; Sudah berbudi lagi berbahasa, Itulah tanda bistari bertuah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sebentuk cincin dari suasa, Ikat permata bertambah cantik; Sudah tak bersudu oleh angsa, Barulah diberi kepada itik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cincin perak cincin suasa, Mari dipakai sebelah kanan; Biar rosak sama binasa, Kasih tiada lepas di tangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bubuh di atas dulang suasa, Beri minum ratu Majapahit; Mustahil kan hilang penyakit cinta, Jika tak dapat tidur pun sakit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pakai cincin di jari manis, Cincin suasa permata dua; Adik runsing jangan menangis, Nanti tiba masa kita berdua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pakai cincin di jari manis, Cincin suasa bermata dua; Jangan runsing jangan ditangis, Biarlah rahsia kita berdua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Intan baiduri di dalam puan, Gelang suasa dalam raga; Bila kupandang wajahmu tuan, Bagai terpandang pintu syurga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cincin ini cincin ditempa, Cincin ini ikat suasa; Kalau buah putik diranggah, Masam manis tak tentu rasa. |