Kurik Kundi Merah Saga | Sembahyang waktu Subuh, Pasang tabir atas tambiran; Bau adinda lekat di tubuh, Dibawa mandi tidakkan hilang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sembahyang waktu Subuh, Pasang tabir atas tambiran; Bau adinda lekat di tubuh, Dibawa mandi tidakkan hilang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bujang kelana mandi subuh, Dari pagi tidak berhenti; Bagaimana hati tak gundah, Semalam-malam tidak berhenti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak bunga di kala subuh, Bunga yang kasa di antara layu; Banyak abang dipandang sungguh, Kanda juga dipandang lalu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Petang-petang ribut berdengung, Kilat menyambar di subuh hari; Petang-petang duduk termenung, Mengenang kasih tidak mari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pagi-pagi kapal berlabuh, Singgah di Bentan membeli kopi; Bangun pagi sembahyang Subuh, Minta Tuhan tambahkan rezeki. |
Kurik Kundi Merah Saga | Barat daya kencang semalam, Tongkat patah titian roboh; Apalah daya bujang semalam, Mengembang bunga di wajahnya subuh. |