Kurik Kundi Merah Saga | Orang nyanyi di balik tabir, Raja beradu di atas tilam; Abang sudah habis fikir, Hendaklah mati bertindih tulang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak bulan tiada pohon, Anak kubis tepi sempadan; Habis bulan berganti tahun, Sudah habis nyawa di badan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang membeli kain batik, Sudah habis tidak bertokok; Dari bertunas sudah dipetik, Lama-lama tidak bertokok. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak padi bunga di hujung, Sama-sama di atas papan; Habis dunia sudah kukeliling, Baru bertemu dengan tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak mengkuang paras mengkuang, Habis ditetak dimakan kambing; Hendak buang tidak terbuang, Sudah mesra darah daging. |