Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) girang (senang) hati, sukacita; b) kehendak (kemahuan) hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (berasa) senang hati; (berasa) gembira; girang: Aku tidak ~ tinggal di kampung ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suka
1. Bersinonim dengan gembira
( girang, suka ria, senang hati, riang, sukacita, )
(adjektif:)
Berantonim dengan duka

2. Bersinonim dengan mudah
( kerap, kerap kali, sering, sering kali, acap-acap, acapkali, nyalar, sentiasa, selalu, )
(adverba:)
Berantonim dengan jarang

3. Bersinonim dengan gemar
( mahu, ingin, berminat, rela, sudi, berkenan, sualak, kasdu, gegek, solak, amuh, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan benci

4. Bersinonim dengan sayang akan
( cinta akan, berminat, kama, hubah, semara, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : bersuka-suka, bersuka-sukaan, menyukai, menyukakan, sukaan, kesukaan, sukacita, bersukacita, menyukacitakan,

Puisi
 

Kalau ada kereta api,
     Pergi ke Panggor membeli benang;
Sudah suka hati,
     Perut kosong menjadi kenyang.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Terlampau duka terurah buntil,
     terlampau suka terurah rahsia.

Bermaksud :

Hendaklah bersikap sederhana dan hati-hati dalam segala hal (baik waktu duka mahupun waktu suka). urah = bongkar, urai; buntil = kantung daripada kain.

 

Lihat selanjutnya...(9)

360

To each his own

Setiap orang berbeza kesukaannya.

Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati.

Many people go for pretty singers, but if you ask my opinion, I'd prefer an ugly singer to preety one -> to each his own !

Kebanyakkan orang menyukai penyanyi yang cantik, tetapi jika anda bertanyakan pendapat saya, saya lebih suka penyanyi yang hodoh, bukannya yang cantik. Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(17)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTiup api bersama kunang, Hendak membakar ikan terubuk; Suka hati orang bertunang, Bagai ikan pulang ke lubuk.
Kurik Kundi Merah SagaKalau ada kereta api, Pergi ke Panggor membeli benang; Sudah suka hati, Perut kosong menjadi kenyang.
Kurik Kundi Merah SagaBaik-baik jaga pedoman, Kapal belayar puting anak; Sudah kembang bunga di taman, Suka hati kumbang yang banyak.
Kurik Kundi Merah SagaJika dilurut padi manila, Buah rontok menjadi sambang; Kalau kuturut hati nan suka,suka/ikut Hujunglah hujung mengikut pulang.
Kurik Kundi Merah SagaKain putih panjang berela, Jahit mari benang kasturi; Hati suka main berdua, Orang luar apa peduli.
Kurik Kundi Merah SagaKain putih panjang berela, Jahit mari benang kasturi; Hati suka main berdua, Orang luar apa peduli.
Kurik Kundi Merah SagaKalau kulurut padi manila, Burung merenung menjadi kumbang; Kalau kuturut hati suka, Kupujuk-pujuk bawa pulang.
Kurik Kundi Merah SagaKalau kulurut padi manila, Burung merenung menjadi kumbang; Kalau kuturut hati suka, Kupujuk-pujuk bawa pulang.
Kurik Kundi Merah SagaTebang daun dua pelepah, Singgah menumpang sungai dua; Sepuluh kali emak menegah, Hati suka bermain juga.
Kurik Kundi Merah SagaTukang kayu suka berdikat, Suka berdikat masuklah dia; Tuan bercinta belayar surat, Itulah tanda hati setia.
123

Kembali ke atas