Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sum.bu] | سومبو

Definisi : 1. kain (benang, kapas, dll) pd lampu yg dinyalakan, benang dll dlm lilin: anak mancis itu lambat-lambat dicucuk ke ~ pelita; 2. tali api-api (pd mercun, meriam kuno, dll), murang, tunam: ~ meriam; menyumbui 1. memasang sumbu pd, mem­beri bersumbu; 2. ki mengapi-apikan (supaya orang marah dll); persumbuan lubang tempat sumbu (pd meriam kuno). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sum.bu] | سومبو

Definisi : 1. gandar roda; 2. garisan lurus dr kutub utara terus ke kutub selatan, paku alam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sum.bu] | سومبو

Definisi : = ~ badak cula badak; badak ~ sj badak yg besar culanya, Rhinoceros son­daicus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sum.bu] | سومبو

Definisi : 1 kain (benang, kapas dll) pd lampu atau pd pelita yg dilekati api utk mendapatkan cahaya; benang dlm lilin. 2 tali api-api pd mercun (meriam jenis lama dll). menyumbui 1 memasang sumbu pd; memberi bersumbu. 2 ki mengapi-apikan orang supaya menjadi marah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sum.bu] | سومبو

Definisi : tanduk yg terdapat pd hidung badak; cula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sumbu (kata nama)
Bersinonim dengan tali api-api, murang, tunam.,

Puisi
 

Apa guna pelita minyak,
     Sumbu kain berjurai-jurai;
Apalah guna harta yang banyak,
     Kalau teringin maksud tak sampai.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPasang sumbu pelita api, Pelita api mana dapurnya; Hilang abang disangka mati, Jika mati mana kuburnya?
Kurik Kundi Merah SagaApa guna pelita minyak, Sumbu kain berjurai-jurai; Apalah guna harta yang banyak, Kalau teringin maksud tak sampai.
Kurik Kundi Merah SagaKain batik sama sujinya, Dalam sumbu tali belati; Orang baik budi bahasanya, Diingat juga sampai mati.
Kurik Kundi Merah SagaBelah mana pasang pelita, Tarik sumbu di balik bukit; Telah mana orang bermain mata, Tarik senyum kening terangkit.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna pasang pelita, Kerana sumbu dok habis minyak; Apa guna main mata, Yang itulah dok bagitau orang banyak.
Kurik Kundi Merah SagaApa ada hulur benang, Benang dihulur sumbu pelita; Begini saya malu dikenang, Baru saja melihat rupa.

Kembali ke atas