Kurik Kundi Merah Saga | Pasang sumbu pelita api, Pelita api mana dapurnya; Hilang abang disangka mati, Jika mati mana kuburnya? |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna pelita minyak, Sumbu kain berjurai-jurai; Apalah guna harta yang banyak, Kalau teringin maksud tak sampai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain batik sama sujinya, Dalam sumbu tali belati; Orang baik budi bahasanya, Diingat juga sampai mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Belah mana pasang pelita, Tarik sumbu di balik bukit; Telah mana orang bermain mata, Tarik senyum kening terangkit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna pasang pelita, Kerana sumbu dok habis minyak; Apa guna main mata, Yang itulah dok bagitau orang banyak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa ada hulur benang, Benang dihulur sumbu pelita; Begini saya malu dikenang, Baru saja melihat rupa. |