Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = sumpitan alat yg merupakan pembuluh (drpd buluh dll) utk melepaskan damak dgn meniup, temiang; 2. alat (yg berupa pembuluh drpd kaca dll) yg berlubang halus utk memancutkan air dgn kuat; menyumpit meniup sumpitan utk mele­paskan damak, melepaskan damak pd sesuatu (dgn sumpitan): kalau terlihat tupai melom­pat dr dahan ke dahan habis disumpitnya; sumpitan sumpit; lurus ~ hendak mengena = lurus-lurus ~ prb tipu muslihat utk mencari keuntungan bagi diri sendiri; penyumpit orang yg menyumpit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = sumpitan 1 alat yg dibuat drpd buluh dll dan digunakan utk melepaskan damak dgn cara menghembusnya kuat-kuat; temiang. 2 alat yg digunakan utk memancutkan air dgn kuat. menyumpit meniup sumpitan utk melepaskan damak; me­lepaskan damak dgn menggunakan sumpitan: Utk memeriahkan majlis itu, satu peraduan ~ telah diadakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sumpit I

Puisi
 

Sedang keranjang lagi tak penuh,
     Kononkan sumpit nak diisi;
Turun dijenjang lagi mengeluh,
     Kononkan bukit kan didaki.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bagai sumpit dihentakkan.

Bermaksud :

Orang yang gemuk dan lembam.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnyam sumpit di Pulau Lindung, Buat bekal bunga lada; Kalau tak sabit bukit melindung, Hari-hari bertentang mata.
Kurik Kundi Merah SagaSedang keranjang lagi tak penuh, Kononkan sumpit nak diisi; Turun dijenjang lagi mengeluh, Kononkan bukit kan didaki.
Kurik Kundi Merah SagaCik Ali menikam pari, Tala suntung tala sumpit; Bukan sengaja saya ke mari, Bawa pantun dengan nasib.
Kurik Kundi Merah SagaOrang gunung bertudung pokok, Nampak dari Kampung Pana; Duyang bolong sumpit bengkok, Di mana pula burung kan kena.
Kurik Kundi Merah SagaAwal mula dikarang, Pantun Melayu anak Semarang; Jika tidak belacu jarang, Sumpit gandum dipakai orang.
Kurik Kundi Merah SagaRaja Indo mudik Basadam, Basadam keliling bukit; Sambut rang gila adik ke ayam, Kan menjadi bangkalai sumpit.

Kembali ke atas