Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ngai] | سوڠاي

Definisi : tali air yg semula jadi, batang air, kali: S ~ Pahang; anak ~ cabang dr sungai yg besar, sungai kecil; hilir ~ bahagian sungai sebelah bawah, lwn udik (hulu); hulu ~ bahagian atas sungai, udik; kalau menyeberang ~ biarlah ditelan oleh buaya, tetapi jangan dipagut oleh ikan kecil­kecil prb jikalau kita membuat sesuatu kesalahan biarlah dihukum oleh orang yg berkuasa (ditegur oleh orang yg berilmu) tetapi jangan dianiaya oleh orang kecil-kecil; ke sungai bh (pergi) membuang air besar; ~ sambil mandi prb sekali membuat, dua tiga pekerjaan diselesaikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ngai] | سوڠاي

Definisi : aliran air semula jadi yg menyalurkan air ke laut (ke tasik atau ke sungai lain); batang air; kali: ~ Pahang; anak ~ cabang kpd sungai yg lebih besar. ke ~ bh buang air. ke ~ besar berak. ke ~ kecil kencing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sungai

Puisi
 

Sungai Tompok airnya dalam,
     Sungguh dalam bercampur pasir;
Orang Tompok banyak Islam,
     Sungguh Islam bercampur kafir.


Lihat selanjutnya...(72)
Peribahasa

Ke sungai sambil mandi.

Bermaksud :

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir).

 

Lihat selanjutnya...(18)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaOrang menajur di tepi sungai, Sungai ada tepi padang; Laksana intan baru dicanai, Kejam celik mata memandang.
Kurik Kundi Merah SagaSungai Tompok airnya dalam, Sungguh dalam bercampur pasir; Orang Tompok banyak Islam, Sungguh Islam bercampur kafir.
Kurik Kundi Merah SagaSungai Bintangor airlah merah, Tempat orang mencuci gigi; Kalau sungguh dipanjang Allah, Boleh kita berjumpa lagi.
Kurik Kundi Merah SagaSungai Katong sungainya biru, Tempat Mak Kuntum berulang mandi; Tanah duduk tinggallah dulu, Ada untung baliklah kami.
Kurik Kundi Merah SagaSungai Aruk tempatku diam, Tempat berumah dengan Ayubi; Sudah tahu diam-diam, Saya di rumah senang hati.
Kurik Kundi Merah SagaSungai Kantan bertembok batu, Tempat orang membuat perahu; Ayam jantan memang begitu, Pandai berkokok bertelur tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaSungai Pahit lubuknya dalam, Ikan seluang mati bertuba; Mimpi baik saya semalam, Mimpi bulan jatuh di riba.
Kurik Kundi Merah SagaSungai Singapura tanah malia, Daun mekar dilayang angin; Pura-pura melihat saya, Ekor mata pandai bermain.
Kurik Kundi Merah SagaSungai Bintangor airnya merah, Tempat budak bercuci kaki; Sebelum bergurau saya berolah, Dari hidup sampai ke mati.
Kurik Kundi Merah SagaSungai Baram terlalu bangat, Lama berkayuh sembilan hari; Berkirim salam minta selamat, Berkirim surat minta jumpai.
12345678

Kembali ke atas