Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.pa.ya] | سوڤايا

Definisi : mudah-mudahan tercapai atau sampai maksudnya; agar; hendaknya: Belajarlah kamu ~ tidak kecewa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
supaya (kata tugas)
Bersinonim dengan agar, semoga, moga-moga, hendaknya, mudah-mudahan.,

Puisi
 

Pasang kelambu tepi jendela,
     Supaya senang pintu dikunci;
Biar beribu dara dan janda,
     Saya memilih yang baik budi.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Supaya tahu akan pedas lada,
     supaya tahu akan masin garam.

Bermaksud :

Ajaran supaya tahu akan susah hidup.

 

Lihat selanjutnya...(33)

335

Look before you leap

Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).

Pukul anjing tengok-tengok tuannya

I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.

Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi pukul anjing tengok-tengok tuannya . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(37)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaNak takuk, takuklah, Supaya senang hendak meniti; Nak katuk, katuklah, Jangan sampai menjadi mati.
Kurik Kundi Merah SagaPasang kelambu tepi jendela, Supaya senang pintu dikunci; Biar beribu dara dan janda, Saya memilih yang baik budi.
Kurik Kundi Merah SagaPisau kecil baik dikilir, Supaya deras matanya tajam; Hujan di hulu hujan di hilir, Gunung tinggi bilakah karam?
Kurik Kundi Merah SagaPada berbini baik bujang, Supaya jangan jadi terhutang; Intan manikam cahaya bintang, Terang semacam lilin dipasang.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ayam turunnya tiga, Mati seekor tinggalnya dua; Supaya tahu jalan ke syurga, Hilai-hilai dimakbulkan doa.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ayam turun empat, Mati seekor tinggalnya tiga; Supaya hamba membaca sifat, Lekas juga jalan ke syurga.
Kurik Kundi Merah SagaBudak-budak baik mengaji, Lagi alim lagi terpuji; Cukup bekal naik haji, Supaya dapat syafaat nabi.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ayam turunnya lima, Mati seekor tinggalnya empat; Budi Tuhannya sudah diterima, Supaya hambanya membaca sifat.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan bawa perahu, Muatan isi buah berangan; Hendak berbudi biar selalu, Supaya boleh buat kenangan.
Kurik Kundi Merah SagaLubuk Danti tepian Danta, Buaya mudik tenang-tenang; Kunci hati tutuplah mata, Supaya badan rasa senang.
12

Kembali ke atas